Seminar Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan RISDA Holdings 2024

Seminar Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan RISDA Holdings 2024

Seminar Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan RISDA Holdings 2024 telah berlangsung dengan jaya pada 11 dan 12 November 2024.

Bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, seminar ini diadakan dengan matlamat:

• Meningkatkan pemahaman peserta tentang peranan mereka sebagai lembaga pengarah dalam pengurusan, prosedur serta kawalan bagi memelihara kepentingan kumpulan RISDA

• Meningkatkan kesedaran peserta mengenai tadbir urus dan perkembangan korporat semasa

• Mematuhi semua dasar kerajaan semasa dan RISDA untuk dilaksanakan sepenuhnya.

Seminar pada kali ini telah melibatkan seramai 116 peserta yang terdiri daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan RISDA Holdings, Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua-ketua Pegawai Operasi, Pegawai Bahagian Korporat dan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah.

Fokus seminar tahun ini direncana dengan pengisian ceramah berikut:

• Corporate Integrity: The Boards’ Duty Under Section 17a

• Fostering Governance Transparency: Understanding The Separation Of Powers Within Company

• Leadership Transformation: Driving The Company In The Digital Era

Dirasmikan oleh Pengerusi RISDA, YB. Tn. Hj. Manndzri bin Hj. Nasib, beliau merakamkan setinggi penghargaan atas komitmen padu peserta yang hadir dan usaha berterusan dalam usaha meningkatkan prestasi RISDA.

Turut hadir Ketua Pengarah RISDA, Y.Brs Encik Zainal Azni bin Zulkifli, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Haniza binti Ab Shukor, Pengarah Bahagian Pelaburan & Pembangunan Syarikat, Tn. Hj. Nasrul Fahmi bin Yahya serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Interim) RHSB, Encik Alias bin Ibrahim.

Seminar ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pelaburan & Pembangunan Syarikat dengan kerjasama Kumpulan RISDA Holdings.

Tahniah kepada semua peserta. Semoga seminar ini mampu memberikan keberhasilan yang optimum untuk memacu RISDA ke puncak kegemilangan.

Kongsikan di:
Berita lain