Latar Belakang RISDA Holdings Sdn. Bhd.

Disebalik Penubuhan

Penubuhan RISDA Holdings Sdn. Bhd. (RHSB) adalah selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil 12/1993 di bawah tajuk Arahan-Arahan Bagi Meningkatkan Kualiti Perancangan dan Kawalan ke atas Pengurusan Syarikat-Syarikat Kerajaan yang menyatakan sepertimana berikut:

“Setiap Badan Berkanun yang mempunyai banyak syarikat subsidiari dan bersekutu perlu menubuhkan sebuah syarikat induk yang akan memegang kepentingannya dalam semua syarikat tersebut. Tindakan ini akan memudahkan kawalan ke atas semua syarikat subsidiari dan bersekutu oleh setiap Badan Berkanun itu.”

sejarah Penubuhan

Pembentangan cadangan pelaksanaan program penstrukturan semula Syarikat Milikan RISDA melalui penubuhan RHSB adalah diasaskan kepada kajian konsultan Tetuan Pricewaterhouse Coopers (PwC) pada Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA kali ke 205
Februari 2010
Kelulusan penubuhan RHSB juga telah mendapat kelulusan daripada YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan juga YB Menteri Kewangan
Mei 2019
Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA kali ke 286 telah meluluskan cadangan Pemindahan Ekuiti RISDA di dalam Syarikat Milikan RISDA (SMR) kepada RISDA Holdings Sdn Bhd (RHSB).
November 2009
Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA kali ke 207 telah meluluskan Pelaksanaan Penstrukturan Semula Syarikat-Syarikat Milikan RISDA Melalui Penubuhan Sebuah Syarikat Induk Atau Syarikat Holdings.
Mac 2011
Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA kali ke 258 telah bersetuju supaya cadangan Pelaksanaan Operasi RHSB Sebagai Syarikat Induk yang Akan Memegang Kepentingan Dalam Semua Syarikat Subsidiari (SMR) di gerakkan.
Februari 2021

Modus operandi penstrukturan melibatkan perkara-perkara berikut:

Penjajaran

Penjajaran Semula Pegangan Saham (Realignment of Shareholdings)

Penyusunan

Penyusunan Untuk Pertumbuhan dan Pengembangan Masa Depan (Positioning for Future Growth and Expansion)

Memperkemas

Memperkemas Operasi Setiap Syarikat (Streamlining the Operations of Subsidiaries)

Merasionalisasi

Merasionalisasikan Perniagaan (Rationalisation of Businesses)

Mewujudkan

Mewujudkan Fungsi-Fungsi Secara Berpusat (Setting Up Centralised Functions)

RHSB Memimpin Fungsi Korporat untuk Kumpulan SMR

RHSB kemudiannya ditubuhkan sebagai syarikat induk kepada semua SMR bagi melaksanakan perkara-perkara di atas iaitu melaksanakan fungsi korporat secara berpusat seperti perancangan korporat, kewangan dan perakaunan, pengurusan sumber manusia, pentadbiran dan teknologi maklumat.

Penubuhan RHSB adalah untuk menjalankan aktiviti perancang berperanan seperti berikut: