RISDA Command Centre (RCC) – Inisiatif RISDA mendepani arus digitalisasi

RISDA Command Centre (RCC) – Inisiatif RISDA mendepani arus digitalisasi

RISDA COMMAND CENTRE (RCC) – INISIATIF RISDA MENDEPANI ARUS DIGITALISASI

Pelancaran RISDA Command Centre atau RCC telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) pada 23 Januari 2025 di Bangi, Selangor.

RCC merupakan inisiatif baharu RISDA dalam memusatkan pengurusan data dan pelaporan agensi seperti maklumat pekebun kecil, kampung pengembangan dan sistem pemetaan pintar secara ‘live’. Ia merupakan langkah agresif RISDA dalam memastikan setiap data dan angka pembangunan dipantau dengan berkesan dan efisien, seterusnya dijadikan analisis dalam merangka hala tuju lebih efektif.

Turut dibentangkan kepada Y.A.B Menteri adalah Dashboard  Kumpulan RISDA Holdings (KRH) yang merupakan salah satu modul RCC ini. Dashboard  KRH adalah medium pemantauan berbentuk dashboard  yang mempunyai maklumat berkenaan program-program yang dijalankan oleh RISDA dan KRH. Ia turut dijana secara ‘live’ bagi memudahkan pengurusan tertinggi RISDA dan pemegang-pemegang taruh mengakses maklumat yang diperlukan secara ‘real time’.

Pelancaran RCC ini merupakan salah satu agenda dalam Program Konvensyen Pegawai Lapangan RISDA 2025 yang diadakan pada 21 hingga 24 Januari 2025. Konvensyen ini menghimpunkan seramai 1,000 orang pegawai lapangan dari seluruh negara yang melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan kepada warga pekebun kecil di bawah seliaan RISDA.

Kongsikan di:
Berita lain