Sekitar suasana sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan RISDA Tahun 2025 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah pada hari ini.
Majlis yang bertemakan “𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐚𝐦𝐚-𝐒𝐚𝐦𝐚 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀!” disambut meriah dan harmoni ini telah diadakan di Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang Kuala Lumpur.
Di majlis ini juga, YB Timbalan Menteri KKDW turut berbesar hati menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 92 penerima yang mewakili dua buah pertubuhan, iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Najah, Hulu Langat, Selangor dengan jumlah seramai 67 orang penerima, serta Rumah Bakti Nur Syeefa, Kuala Lumpur dengan jumlah 25 orang penerima sumbangan.
Kumpulan RISDA Holdings turut memeriahkan majlis ini dengan penyediaan reruai menyajikan pelbagai juadah bagi meraikan tetamu yang hadir.
Turut sama menyerikan majlis ialah YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA, YBhg. Dato’ Affandi bin Nordin, TKSU (Dasar) KKDW, YBrs. Encik Meor Ismail bin Meor Akim, TKSU (Pembangunan) KKDW, YBrs. Encik Zainal Azni bin Zulkifli, Ketua Pengarah RISDA, tetamu kehormat, serta lebih 2,000 orang jemputan.
#rayasamasama
#kumpulanrisdaholdings
© 2025 Unit Komunikasi Korporat RISDA Holdings
Jom Ikuti Media Sosial Rasmi RISDA Holdings Sdn Bhd