BENGKEL LIBAT URUS SYARIKAT INDUK DI BAWAH KKDW

BENGKEL LIBAT URUS SYARIKAT INDUK DI BAWAH KKDW

Satu bengkel libat urus syarikat induk di bawah Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) telah diadakan pada 6 Mei 2025 bertempat di Putrajaya.

Bengkel diadakan bertujuan melihat pencapaian dan perancangan syarikat sebelum permukiman penuh yang akan diadakan nanti.
Setiausaha Bahagian Korporat dan Pembangunan Kemahiran KKDW, En. Mohd Nazri bin Mohd Deni dalam ucapan aluannya menyatakan keprihatinan KKDW dalam membantu dan memastikan agensi di bawah kementerian sentiasa berdaya saing dan mencatatkan keuntungan demi kepentingan pemegang taruh dan peserta agensi.
RISDA diwakili oleh Tuan Haji Norazan bin Mohd Noor selaku Ketua Pegawai Operasi RISDA Holdings Sdn. Bhd. telah membentangkan keuntungan perniagaan syarikat pada tahun-tahun sebelumnya dan juga perancangan perniagaan baharu untuk tahun 2025 dan seterusnya.
Kongsikan di:
Berita lain