WACANA STRATEGIK KUMPULAN RISDA HOLDING : MELANGKAH KE HORIZON BAHARU

WACANA STRATEGIK KUMPULAN RISDA HOLDING : MELANGKAH KE HORIZON BAHARU

Satu wacana strategik dengan objektif memperkemas serta memperhalusi transformasi perniagaan Kumpulan RISDA Holdings telah berlangsung dengan jayanya.

Dirasmikan oleh Pengerusi RISDA, Tn. Haji Manndzri bin Hj. Nasib, beliau memberi penekanan baharu akan peri pentingnya RISDA mengorak langkah baharu dalam memperkasakan peranan selaku pemain industri utama getah negara.

Agenda “Next Level” yang dicetuskan oleh YB Manndzri bukan sekadar impian, tetapi satu misi yang sedang digerakkan dengan cermat namun penuh cita-cita.

Beliau menaruh keyakinan bahawa kejayaan RISDA Next Level menjamin pencapaian sasaran keuntungan sebelum cukai yang akhirnya akan berbalik kepada manfaat pekebun kecil seluruh negara.

​Antara intipati penting lain yang dikongsikan oleh YB Manndzri ketika wacana ini ialah penerapan falsafah “Low Hanging Fruit” sebagai strategi pantas untuk memperkukuh kedudukan ekonomi kumpulan.

Wacana ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Adnin Bakir bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings, YBrs. Tn. Hj. Noorazan bin Mohd Noor, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, YBrs. Tn. Hj. Nasrul Fahmi bin Yahya, Pengarah Bahagian Pelaburan Dan Pembangunan Syarikat RISDA, ketua-ketua pegawai eksekutif/operasi syarikat, ketua-ketua jabatan serta pegawai penyelaras.

Kongsikan di:
Berita lain