MAKLUMAT KUMPULAN RISDA HOLDINGS
SEKTOR: Perkhidmatan
RISDA Ventures Sdn. Bhd. (RVSB)
Latar Belakang & Fungsi
RISDA Ventures Sdn. Bhd. (RVSB) adalah entiti strategik di bawah Kumpulan RISDA Holdings yang memfokuskan pembangunan ekonomi luar bandar melalui industri tenaga, pertanian moden, keterjaminan makanan dan industri hiliran.
Objektif Penubuhan
Memacu pertumbuhan ekonomi luar bandar secara mampan dengan fokus pada empat teras perniagaan utama.
Perkhidmatan & Produk
- Tenaga Konvensional dan Diperbaharui – pembangunan dan pengurusan stesen minyak, pelaburan tenaga solar dan biogas, bekalan diesel, eksplorasi perlombongan mampan.
- Input Pertanian – pembekalan racun makhluk perosak, bahan mentah, beg baja OEM, dan penerapan mekanisasi pertanian.
- Keterjaminan Makanan (Smart Farming) – sistem fertigasi berasaskan IoT dan sokongan kepada pertanian pintar.
- Industri Hiliran Berasaskan Getah – penubuhan kilang tayar nasional dan kilang pemprosesan getah.
KUMPULAN RISDA HOLDINGS
- Pendidikan
- Pembiayaan
- Makmal Kajibanci
- Perkhidmatan
- Pusat Data
- Pembangunan Hartanah
- Obligasi Sosial