MAKLUMAT KUMPULAN RISDA HOLDINGS
SEKTOR: Perkhidmatan

PROTAC Insurance Brokers Sdn. Bhd. (PROTAC)

Latar Belakang & Fungsi

PROTAC adalah syarikat broker insurans dan takaful milik penuh RISDA yang menyediakan pelbagai penyelesaian perlindungan bagi sektor awam, swasta dan individu.

Objektif Penubuhan

Memberi perlindungan insurans/takaful yang komprehensif dan berdaya saing dengan kawalan selia Bank Negara Malaysia.

Perkhidmatan & Produk

  • Perundingan dan penempatan insurans disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.
  • Khidmat nasihat pengurusan risiko untuk mengelakkan kerugian kewangan.
  • Sokongan proses tuntutan insurans hayat, am dan Tabung Khairat Kematian Pekebun Kecil RISDA.
  • Produk meliputi harta, tanaman, ternakan, marin, pendidikan, minyak gas, hospital dan risiko khusus.
  • Anggota persatuan insurans utama dan amalan budaya prestasi tinggi.
KUMPULAN RISDA HOLDINGS