Bengkel Permukiman Program Utama KKDW 2024

Bengkel Permukiman Program Utama KKDW 2024

KOTA TINGGI, 25 Julai 2024

Bengkel Permukiman Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) 2024 diadakan hari ini di Desaru Coast Convention Centre melibatkan semua syarikat milikan agensi KKDW.

Bengkel yang diadakan selama 2 hari ini bertujuan bagi melihat dan memperhalusi laporan semasa pertengahan tahun agar setiap tindakan yang sedang atau akan dilaksanakan dapat dibuat dengan sempurna.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melalui ucaptamanya menekankan kepentingan komitmen dan ketekunan dalam melaksanakan kesemua 6 fokus utama serta 62 program pembangunan desa yang telah ditetapkan pada pemukiman awal tahun dahulu.

Beliau turut menegaskan agar pembudayaan gerak kerja dan pemikiran yang mementingkan keuntungan melalui operasi minima diterapkan di segenap peringkat.

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga mengambil peluang merakamkan ucapan tahniah kepada 6 anak syarikat yang telah mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan.

Lebih membanggakan, 3 dari 6 syarikat tersebut merupakan 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 (𝐒𝐌𝐑) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐚𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐇𝐨𝐥𝐝𝐢𝐧𝐠𝐬 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐄𝐬𝐭𝐚𝐭𝐞, 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐑𝐢𝐬𝐝𝐚 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝. 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐧𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝.

Turut hadir bersama dalam sesi pemukiman ini ialah Timbalan Menteri KKDW, YB. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, KSU KKDW, YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar serta barisan pengerusi syarikat milik agensi KKDW, ketua-ketua agensi serta pegawai-pegawai kanan setiap agensi.

Kongsikan di:
Berita lain