MAKLUMAT KUMPULAN RISDA HOLDINGS
SEKTOR: Perladangan

RISDA Estates Sdn. Bhd. (RESB)

Latar Belakang & Fungsi

RISDA Estates Sdn. Bhd. adalah syarikat milik penuh Kumpulan RISDA Holdings, ditubuhkan pada 11 Julai 1981 dengan tujuan mengurus ladang-ladang sawit milik RISDA di bawah Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB). Syarikat ini menjalankan aktiviti pengurusan ladang, pengendalian kilang sawit, perkhidmatan analisa tanah serta ladang, pemetaan digital menggunakan GPS/GIS dan menyediakan latihan teknikal pertanian melalui Akademi RISDA Estates. Ia juga mengoperasikan tiga kilang sawit di lokasi utama.

Objektif Penubuhan

Menguruskan ladang-ladang sawit serta kilang sawit secara efisien, mengamalkan Good Agricultural Practices (GAP) dan Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) dalam aktiviti serta memajukan pengeluaran bahan organik dan baja kompos.

Perkhidmatan & Produk

  • Pengurusan 24 ladang di seluruh negara dengan keluasan 47,520 hektar, termasuk kawasan sawit matang dan muda serta kawasan tanam semula.
  • Operasi dan pengurusan tiga kilang sawit utama RISDA.
  • Perkhidmatan analisa daun, baja, tanah, kajian ladang dan fisibiliti pembukaan ladang baru.
  • Pemetaan GIS dan pemprosesan data GPS ladang.
  • Latihan dan pembangunan sumber manusia melalui Akademi RISDA Estates.
  • Pengeluaran dan penjualan baja organik dan bahan baja daripada kilang kompos milik RISDA.
KUMPULAN RISDA HOLDINGS