MAKLUMAT KUMPULAN RISDA HOLDINGS
SEKTOR: Perkhidmatan
Kolej RISDA Sdn. Bhd. (UCAM)
Latar Belakang & Fungsi
Kolej RISDA dan UCAM adalah institusi milik penuh RISDA yang berperanan dalam pembangunan modal insan melalui pendidikan, latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta penyelidikan dalam bidang agrosains, teknologi makanan dan keusahawanan luar bandar.
Objektif Penubuhan
Menyokong aspirasi kemajuan komuniti pekebun kecil dan luar bandar melalui pendidikan tinggi, latihan kemahiran dan inovasi.
Perkhidmatan & Produk
- Program TVET dalam pertanian, pengurusan, teknikal, dan keusahawanan.
- Latihan korporat dan profesional bagi kakitangan RISDA dan anak syarikat.
- Penyelidikan dan inovasi agrosains yang menyumbang kepada pertanian lestari.
- Kerjasama strategik dengan organisasi tempatan dan antarabangsa.
- Penyedia utama pelatih vokasional dalam agroteknologi.
- Menjalankan pelbagai program pendidikan alternatif dan komuniti.
KUMPULAN RISDA HOLDINGS
- Ternakan
- Peruncitan
- Perkhidmatan
- Obligasi Sosial
- Hortikultur
- Pendidikan
- Pembangunan Hartanah