MAKLUMAT KUMPULAN RISDA HOLDINGS
SEKTOR: Perladangan
RISDA Agro Sdn. Bhd. (RASB)

RISDA Agro Sdn. Bhd. (RASB)

Latar Belakang & Fungsi

RISDA Agro Sdn. Bhd. berperanan sebagai pemborong kerja-kerja perladangan yang komprehensif dan kompetitif di Malaysia, menyediakan pelbagai perkhidmatan pembangunan dan penyelenggaraan ladang.

Objektif Penubuhan

Mengukuhkan keupayaan sebagai syarikat pemborong utama di sektor perladangan dengan kepakaran mengurus aktiviti ladang dan tanam semula tanaman.

Perkhidmatan & Produk

  • Aktiviti tanam semula dan penanaman tanaman baru.

  • Penyelenggaraan ladang termasuk pembajaan dan penorehan getah.

  • Penuaian dan pengangkutan buah tandan segar (BTS).

  • Pemasaran baja kimia, baja organik serta racun rumpai, serangga, dan kulat.

  • Projek fertigasi tanaman seperti sayur hijau, cili, peria dan terung.

  • Pemasaran hasil komoditi seperti buah tandan segar dan getah.

  • Kerja-kerja kontrak pembangunan infrastruktur ladang seperti jalan, jambatan, rumah pekerja dan sistem irigasi.

KUMPULAN RISDA HOLDINGS