MAKLUMAT KUMPULAN RISDA HOLDINGS
SEKTOR: Perladangan

RISDA Fleet Sdn. Bhd. (RFSB)

Latar Belakang & Fungsi

Diperbadankan pada 2 Februari 2002 dan milik penuh RISDA Holdings, RISDA Fleet menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk bahan pertanian serta perkhidmatan bengkel kenderaan komersial.

Objektif Penubuhan

Menjadi pengendali pengangkutan utama yang cekap dan berdaya saing, memenuhi keperluan pengangkutan domestik dan antarabangsa bagi RISDA dan agensi kerajaan.

Perkhidmatan & Produk

  • Pengangkutan baja, benih getah, buah tandan segar, dan minyak sawit mentah.
  • Rangkaian pengangkutan meliputi lori kargo, lori tangki, lori RORO.
  • Perkhidmatan bengkel penyelenggaraan dan baik pulih kenderaan.
  • Khidmat penghantaran antarabangsa dengan ejen di beberapa negara.
  • Perkhidmatan pergudangan, pemindahan pejabat dan pengurusan haulage.
  • Pengelolaan pusat servis tayar dan kenderaan RF Auto Garage serta pengeluaran minyak pelincir RF Lube.
KUMPULAN RISDA HOLDINGS