MAKLUMAT KUMPULAN RISDA HOLDINGS
SEKTOR: Perladangan

RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB)

Latar Belakang & Fungsi

Subsidiari sepenuhnya RISDA yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1996, RISDA Plantation mengendalikan aktiviti perladangan secara komersial termasuk pengurusan kebun kecil dan pemasaran hasil.

Objektif Penubuhan

Mengurus kebun kecil serta menjalankan aktiviti huluan dan hiliran untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan memudahkan pemasaran hasil pertanian dan perladangan.

Perkhidmatan & Produk

  • Pengurusan kebun kecil dan ladang untuk agensi kerajaan dan swasta.
  • Pemasaran hasil getah dan sawit dengan harga yang kompetitif.
  • Pelaksanaan perkhidmatan kontrak untuk penyelenggaraan ladang, pembinaan infrastruktur dan kutipan hasil.
KUMPULAN RISDA HOLDINGS