Majlis Amanat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

Majlis Amanat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

Majlis Amanat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

Majlis Amanat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi tahun baharu telah selamat diadakan pada 2 Januari 2025.

Bertempat di Auditorium KKDW, Putrajaya, KKDW merupakan kementerian pertama yang mengadakan perhimpunan Majlis Amanat Tahun Baharu untuk 2025.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya menyeru agar seluruh warga KKDW dan agensi di bawahnya untuk tidak terperangkap dalam zon selesa dan rutin sedia ada.

Beliau mencabar agar semua warga kerja mencipta sesuatu yang luar biasa dan merangka pelbagai program yang memberi impak berkesan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kerana KKDW berjaya memperoleh tempat kedua bagi Anugerah Penilaian ‘Outcome’ Kementerian Berprestasi Tinggi 2024.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Kumpulan RISDA atas kejayaan mencatatkan prestasi kewangan sebanyak RM70 juta.

Bagi memastikan kejayaan yang berterusan, beliau menggesa agar budaya pemikiran strategik disemai dalam gerak kerja bagi memastikan hasil kerja yang lebih baik dan berpretasi tinggi.

Justeru, pendekatan cross functional mesti dilakukan segera dengan mengumpul dan mengenal pasti kekuatan setiap organisasi mengikut kemahiran masing-masing bagi mencapai matlamat melalui 3 kluster utama iaitu:
1. Modal Insan
2. Ekonomi
3. Usahawan

Jika semua kkuster ini dapat dilaksanakan dengan penerapan pemikiran strategik, kita mampu mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad dengan lebih efektif selain mampu mengelakkan pertindihan peranan serta meningkatkan kecekapan.

“Kejujuran adalah asas utama dalam menilai pencapaian kerana honesty is the best policy. Kita mesti berani menerima hakikat, mengakui kelemahan dan memperbaiki apa jua kesilapan. KPI yang kita tetapkan saban tahun mestilah berpandukan kepada kepuasan rakyat kerana kita semua berkhidmat untuk mereka, untuk masa depan mereka.”

Dalam majlis yang sama, RISDA turut diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi Pertandingan Persembahan Perhimpunan Bulanan KKDW dan Agensi 2024 anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah .

Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Menteri KKDW, YB Datuk Hajjah Rubiah binti Hj Wang, KSU KKDW, YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Pengerusi RISDA, YBhg. Tn. Hj. manndzri bin Hj Nasib, Pengerusi RISDA Holdings Sdn Bhd, YB Dato’ Indera Mohd. Shahar bin Abdullah, Ketua Pengarah RISDA, YBrs. Encik Zainal Azni bin Zulkifli, para pengerusi Kumpulan RISDA Holdings, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings, Encik Alias bin Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan RISDA dan Kumpulan RISDA Holdings.

Kongsikan di:
Berita lain