Karnival RISDA Madani 2025 Zon Utara telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Majlis perasmian ini dihadiri oleh Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Muhd Khair Razman, diringi oleh Pengerusi RISDA, YB Tuan Haji Mandzzri Hj Nasib serta Ketua Pengarah RISDA, Ybrs. Encik Zainal Azni Zulkifli.
Turut hadir, YDH Toh Seri Lela Paduka Dato’ Dr. Khalid bin Ismail, Orang Besar Jajahan Bagan Datuk; YBrs. En. Muhamad Ghopran bin Yeop Hamzah, Pegawai Daerah Bagan Datuk; serta pegawai-pegawai kanan jabatan dan agensi kementerian.
Majlis turut diisi dengan penyampaian sumbangan tanggungjawab korporat kepada 5 buah madrasah oleh Yayasan RISDA serta kolaborasi strategik antara RISDA Security And Services Sdn.Bhd. dengan syarikat Aerodyne dan Aerodata dalam menerokai teknologi Ai dan data analitik yang disokong oleh Ai dron.
Karnival yang berlangsung di Dewan Dato’ Mohamed Jamrah, Bagan Datuk ini mendapat sambutan hangat penduduk setempat semenjak hari pertama dilangsungkan.
Pelbagai reruai menjual makanan serta info perkhidmatan dari Kumpulan RISDA Holdings turut disediakan.
KARRISMA diadakan selama 3 hari sehingga 27 April 2025 dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.