Program Lawatan Pekebun Kecil Negeri Pahang – Hari Pertama

  • Post category:Terkini
You are currently viewing Program Lawatan Pekebun Kecil Negeri Pahang – Hari Pertama

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 – 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀

Seramai 150 orang pekebun kecil negeri Pahang diraikan di Menara Korporat Risda sempena taklimat yang dijalankan dari 22 hingga 23 Ogos 2024.

Program hari pertama dimulakan dengan ucapan aluan dari En Alias Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang menerangkan tentang pengurusan dan operasi Kumpulan RISDA Holdings terutamanya anak syarikat yang berkait dengan pekebun kecil dan generasi mudanya.

Taklimat utama disusuli dengan penerangan dari Pengerusi RISDA Holdings Sdn. Bhd., YB Dato’ Indera Mohd. Shahar bin Abdullah.

YB Pengerusi menghuraikan peranan dan komitmen RISDA dalam membantu dan memperkasa ekonomi pekebun kecil, terutamanya bagi pekebun yang mempunyai tanah tidak diusahakan.

YB Pengerusi juga menggalakkan pekebun kecil agar merebut peluang yang ditawarkan oleh RISDA melalui pelbagai program bantuan dan skim yang ditawarkan.

Sesi soal jawab menyaksikan pelbagai soalan diajukan oleh pekebun kecil ini disantuni dengan baik oleh pengurusan RISDA Holdings.