KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2024
Program Permukiman anak syarikat milikan agensi Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) bersama YAB Menteri KKDW telah diadakan hari ini di Hotel Primeira melibatkan 2 agensi iaitu RISDA dan FELCRA Berhad.
Permukiman selama 2 hari ini merupakan susulan daripada program permukiman utama KKDW yang telah diadakan pada Julai 2024. Program pada kali ini bertujuan bagi melihat & memperhalusi kemajuan prestasi semasa semua syarikat-syarikat dibawah Kumpulan RISDA Holdings.
Pembentangan Kumpulan RISDA Holdings (KRH) telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi, En Alias bin Ibrahim yang memperincikan prestasi kewangan 2024 serta perancangan strategik KRH menjelang tahun 2030.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam rumusannya menyatakan pada permukiman kali ini, maklumat yang dibentangkan oleh setiap anak syarikat agensi adalah lebih terperinci.
Beliau turut menyatakan keyakinan dengan kepimpinan Pengerusi RISDA, YB Manndzri Hj Nasib dan Ketua Pengarah RISDA, Ybrs. Tuan Zainal Azni Zulkifli, bahawa RISDA boleh bangkit menjadi agensi yang terkemuka dan memberi manfaat sesuai dengan objektif penubuhannya.
Pada waktu yang sama juga beliau turut menyokong penuh usaha RISDA melestari dan memartabatkan komoditi serta komuniti getah khususnya pekebun-pekebun kecil.
Turut hadir bersama dalam sesi pemukiman ini ialah Timbalan Menteri KKDW, YB. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Setiausaha Bahagian Kanan(Khidmat Pengurusan) KKDW, YBhg. Dato Dr. Roslan bin Mahmood, Pengerusi RISDA, YB. Tn. Hj. Mandzri bin Hj. Nasib, Pengerusi FELCRA Berhad, Dato’ Sri Ahmad Jazlan bin Yaakub, serta barisan pengerusi syarikat milik agensi RISDA dan FELCRA Berhad, serta pegawai-pegawai kanan setiap agensi.