RISDA Holdings Onboarding Excellence Program 2026

RISDA Holdings Onboarding Excellence Program 2026

Dalam memenuhi keperluan pembangunan modal insan dilaksanakan secara inklusif dan merangkumi keseluruhan Kumpulan, RISDA Holdings dengan kerjasama Kolej RISDA menganjurkan RISDA HOLDINGS ONBOARDING EXCELLENCE PROGRAM siri pertama tahun 2026.

58 orang peserta, yang terdiri daripada 38 orang lelaki dan 20 orang perempuan, melibatkan warga kerja Kumpulan RISDA Holdings daripada pelbagai latar fungsi dan peranan serta subsidari hadir mencerminkan kesungguhan Kumpulan RISDA Holdings memastikan setiap warga kerja dibekalkan dengan asas kefahaman, nilai dan budaya kerja yang selari dengan hala tuju organisasi sejak peringkat awal perkhidmatan.

Dengan objektif ‘Capitalize Human Capital’, kursus ini dirangka bukan sekadar program pengenalan, tetapi sebagai satu inisiatif strategik untuk capitalize human capital, iaitu memanfaatkan sepenuhnya potensi, bakat dan keupayaan warga kerja sebagai aset utama Kumpulan RISDA Holdings.

Dalam persekitaran organisasi yang semakin mencabar, kekuatan sebenar kumpulan tidak hanya bergantung kepada sistem dan proses, tetapi kepada kualiti, kompetensi dan sikap modal insan yang menggerakkannya.

Tahniah buat semua yang terlibat!

Kongsikan di:
Berita lain