Sekitar Hari Kedua Program Permukiman Utama KKDW 2024

Sekitar Hari Kedua Program Permukiman Utama KKDW 2024

Kumpulan RISDA Holdings (KRH) telah diberi ruang untuk membentangkan laporan prestasi kemajuan dan keuntungan semasa semua subsidiari yang bernaung di bawah KRH.

Sesi pembentangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan RISDA Holdings, En Alias Ibrahim.

Dalam ucapan perasmian penutupan, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merakamkan setinggi penghargaan kepada semua syarikat milikan agensi KKDW yang telah memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakan permukiman kali ini.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur melihat perkembangan prestasi semasa yang telah dicatatkan oleh setiap syarikat melebihi jangkaan yang ditetapkan.

Menjelang sesi permukiman yang akan datang, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga berharap agar semua kemajuan ini terus dipertingkatkan serta mampu mencapai kejayaan yang lebih gemilang demi kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Kongsikan di:
Berita lain