Hubungan Pelabur

Prakata Pengerusi

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,

Selamat datang ke laman rasmi Kumpulan RISDA Holdings (RHSB) — Membina Masa Depan Agro: Beyond Agriculture.

Sejak penubuhannya pada tahun 2011, RISDA Holdings Sdn. Bhd. (RHSB) telah memainkan peranan penting sebagai cabang pelaburan strategik dan pemangkin pembangunan agro kepada RISDA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Kumpulan ini menyatukan pelbagai anak syarikat yang beroperasi dalam sektor pertanian, penternakan, logistik, makanan dan perkhidmatan dimana semuanya diurus secara profesional, berdaya saing dan berteraskan nilai integriti.

Selaras dengan slogan “Beyond Agriculture,” RHSB komited untuk melangkaui sempadan pertanian konvensional dengan memberi tumpuan kepada inovasi teknologi, pembangunan produk hiliran, serta tenaga boleh diperbaharui. Usaha ini bukan sahaja memperkukuh pendapatan pekebun kecil, malah membuka peluang baharu dalam rantaian nilai agro dan memastikan kelestarian ekosistem pertanian yang inklusif, berdaya tahan serta mampan.

RHSB akan terus menjadi peneraju transformasi agro-bisnes negara, memacu kolaborasi strategik bersama rakan tempatan dan antarabangsa, memperkukuh daya saing industri dan memaksimumkan potensi pelaburan demi membina masa depan Agro-Bisnes MADANI yang progresif dan mampan.

 

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Bin Abdullah
Pengerusi RISDA Holdings Sdn. Bhd.

Tadbir Urus Korporat
Piagam Lembaga Pengarah
Integriti & Tatakelola
Menjunjung Integriti, Menggerak Kemajuan

Kumpulan RISDA Holdings (KRH) meletakkan integriti sebagai tunjang utama dalam setiap aspek pengurusan dan operasi. Segala urusan perniagaan dan pentadbiran mestilah dilaksanakan secara beretika, telus, serta berlandaskan prinsip tadbir urus terbaik yang selaras dengan undang-undang dan peraturan semasa.

Prinsip ini diterapkan melalui Tatakelola Baik Kakitangan RHSB/KRH yang berteraskan dua (2) kategori utama iaitu:

Garis Panduan Tatakelola
Pemilikan & Pengisytiharan Harta
Surat Akujanji "Integrity Pact"
Garis Panduan Pengurusan Penerimaan atau Pemberian Hadiah
Polisi Pemberian Maklumat (Whistle-blowing Policy)
tatakelola
Prinsip Teras Integriti KRH

Selaras dengan kod etika dan nilai murni organisasi, setiap kakitangan wajib mematuhi piawaian berikut:

  • Integriti & Pematuhan Undang-undang
  • Pengurusan Konflik Kepentingan
  • Antirasuah & Pencegahan Salah Guna Kuasa
  • Larangan Diskriminasi & Gangguan
  • Ketelusan Pelaporan Kewangan & Operasi

Pendekatan tatakelola dan integriti ini menjadi landasan utama KRH dalam memastikan perkhidmatan yang cekap, telus dan berakauntabiliti, seiring dengan Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2023. Prinsip ini juga memperkukuh komitmen KRH dalam membentuk organisasi berdaya saing, mampan dan diyakini semua pihak.

KRH komited untuk memastikan garis panduan serta prinsip integriti sentiasa dikaji semula dan diperkukuh agar kekal relevan, berkesan dan sejajar dengan amalan terbaik tadbir urus korporat. Pendekatan kami berteraskan prinsip “melakukan perkara yang betul atas sebab yang betul”.

Strategi Anti-Rasuah KRH
Teras Perniagaan Kumpulan RISDA Holdings

Kumpulan RISDA Holdings (KRH) merupakan cabang pelaburan dan komersial kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Sebagai sebuah kumpulan syarikat yang bersepadu, KRH memainkan peranan penting dalam memperkukuh rantaian nilai industri berasaskan pertanian, makanan, perladangan, pendidikan, perkhidmatan, serta pelaburan strategik.

  • Ejen pengurusan ladang dan kilang RISDA.
  • Kursus dan latihan berkaitan perladangan yang adalah dipusatkan di bawah Akademi RISDA Estates.
  • Ejen pengurusan ladang milik Pekebun Kecil, agensi dan swasta.
  • Menjalankan kerja-kerja penorehan dan penyelenggaraan kebun – kebun matang yang tidak bertoreh.
  • Kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan tanam semula, tanam baru sehingga kematangan.
  • Kerja-kerja penuaian dan pemangkasan di ladang – ladang RISDA.
  • Menyediakan bekalan benih bermutu tinggi termasuk tisu kultur dan hybrid dari mana – mana pengeluar ke ladang – ladang RISDA.
  • Menjalankan servis kontrak landskap di RISDA dan KRH.
  • Pengangkutan input pertanian, khidmat penghantaran laut dan udara, pusat servis kenderaan.
  • Khidmat pengangkutan luar dan dalam untuk BTS dan CPO di ladang-ladang dan kilang-kilang RISDA.
  • Ternakan integrasi dan fidlot.
  • Pembekalan lembu korban Hari Raya Aidiladha kepada RISDA dan KRH.
  • Pelengkap rantaian produk hiliran daging lembu kepada RisSMart Butchery.
  • Pembekal induk ternakan lembu untuk Program Usahawan RISDA kepada Pekebun Kecil.
  • Pelaburan dana dan pembiayaan.
  • Perkhidmatan pusat data seperti hosting, managed services dan disaster recovery yang digunakan oleh KRH.
  • Pembekalan perkakasan ICT secara sewa kepada RISDA dan KRH.
  • Khidmat pengurusan harta dan bangunan dan pengurusan majlis.
  • Menyediakan khidmat kawalan keselamatan RISDA dan KRH.
  • Perkhidmatan pembersihan RISDA dan KRH.
  • Perkhidmatan penyelenggaraan bangunan – bangunan RISDA dan KRH.
  • Khidmat dagangan am seperti pembekalan produk minumen RSS (Aquarys) ke seluruh Malaysia.
  • Pembekalan kenderaan, perabot, peralatan pejabat, pakaian, alatulis, papan iklan dan semua jenis bekalan yang dikehendaki oleh pelanggan kepada pihak RISDA, KRH dan sektor swasta.
  • Pembekalan input pertanian, tenaga konvensional dan diperbaharui, keterjaminan makanan dan industri hiliran.
  • Pembekalan racun rumpai dan serangga.
  • Pembekalan bahan mentah bagi pemprosesan baja.
  • Pendidikan dan akademik, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan perundingan, TVET.
  • Semua kursus dan latihan selain berkaitan sektor perladangan akan dipusatkan dan dilaksanakan oleh UCAM.
  • Pembekalan bahan binaan dan penyewaan jentera.
  • Melaksanakan kerja-kerja pembangunan hartanah dan infrastruktur.
Terma Rujukan
Jawatankuasa Pelaburan
Jawatankuasa Pencalonan & Imbuhan
Jawatankuasa Perjawatan & Pengurusan Sumber Manusia (A)
Jawatankuasa Perolehan (A)
Jawatankuasa Audit & Governance
Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus
Jawatankuasa Pengurusan Risiko
Sorotan Kewangan
Ulasan Prestasi KRH Suku Pertama 2025
Ulasan Prestasi KRH Suku Kedua 2025
Laporan Tahunan
Laporan Tahunan 2023 - RISDA Holdings
Senarai Pelabur
Felcra Berhad
FELCRA Berhad